Interflour Malaysia

Resipi

Quiche Tart

Bahan untuk kerak luar :

Tepung gandum Green Horse (Tepung serbaguna) 500 gram
Lemak sayuran 125 gram
Mentega 125 gram
Garam 8 gram
Air 175 gram

Bahan untuk inti  :

Susu segar 250 gram
Krim putar 250 gram
Telur 5 biji
Garam 5 gram
Serbuk lada hitam 5 gram
Gula 10 gram
Bawang besar 1/2 biji
Cendawan butang 60 gram
Sosej 2 batang
Isi ayam 110 gram
Hirisan keju (secukupnya)  

Cara-Cara :

  1. Panaskan oven 180°C.
  2. Didalam mangkuk pengadun atau food processor, masukkan tepung, lemak sayuran, mentega dan garam. Uli sebati.
  3. Setelah agak berketul-ketul, masukkan air sedikit demi sedikit. Adun adunan tersebut sehingga seperti doh.
  4. Angkat doh tersebut dan bungkus dengan pembalut plastik. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Sementara menunggu doh didalam peti ais, sediakan inti. Didalam kuali panas berserta sedikit minyak, masukkan bawang. Sehingga naik bau.
  6. Masukkan ayam dan kacau sehingga agak masak. Kemudian, masukkan sosej dan cendawan. Tambahkan garam dan gula dan kacau sehingga masak sempurna.
  7. Tutup api kuali dan biarkan inti tersebut sejuk.
  8. Didalam mangkuk yang lain, masukkan telur dan pukul sebati. Kemudian masukkan krim putar dan susu segar ke dalam adunan. Tambahkan lada hitam, kacau sehingga sebati dan biarkan.
  9. Untuk penyediaan tart, keluarkan doh daripada peti sejuk dan uli doh dengan sedikit tepung supaya tidak melekat. Uli sehingga ketebalan doh 2-3mm.
  10. Didalam bekas/ loyang quiche, masukkan doh tersebut dan ratakan. Lebihan doh bolehlah dibuang.
  11. Masukkan bahan-bahan masakan inti tadi diatas doh dan ratakan.
  12. Taburkan cheese diatasnya dan tuangkan adunan telur tadi. Tuang rata.
  13. Didalam oven 180°C, masukkan quiche tadi dan bakar selama 45 minit.
  14. Biarkan sejuk sedikit sebelum dipotong.  

We use cookies
Cookie preferences
Below you may find information about the purposes for which we and our partners use cookies and process data. You can exercise your preferences for processing, and/or see details on our partners' websites.
Analytical cookies Disable all
Functional cookies
Other cookies
We use cookies to personalize content and ads, to provide social media features and to analyze our traffic. Learn more about our cookie policy.
Change preferences Accept all
Cookies